Berbekal ilmu Optometri Sazali Berjaya Membuka Perniagaan Berasaskan Cermin Mata dan Kanta Sentuh di Kampung Halamannya
Nasnan Jajuli, 44, mengakui pernah menghadiri temuduga kerja lebih 20 kali selepas tamat pengajian yang kebetulan ketika itu ekonomi sedang gawat, tetapi tidak ada satu pun yang berjaya. Memandangkan situasi ketika itu tidak menyebelahinya, Nasnan mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam perniagaan.
“Pada peringkat awal saya mula mengumpul modal dengan mengadakan kursus cendawan dan mengajar sementara sebelum membuka perniagaan batik lukis tangan. Apabila perniagaan saya mula meningkat naik, saya terlibat pula dalam share market yang pada peringkat awalnya boleh mendatangkan untung. Namun setelah terlibat dalam saham komoditi luar negara, saya mengalami kerugian secara mendadak lebih RM1 juta,” katanya.
Memikirkan tanggungjawabnya untuk menyara keluarga, Nasnan tidak merintih dengan nasib yang dialaminya sebaliknya terus mencari peluang kerja yang lain. Beliau kemudiannya mencuba kerja pembersihan kawasan secara sub kontrak tetapi sekali lagi ujian menimpa apabila sehingga bulan keempat, beliau masih belum menerima bayaran.
“Saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung di Sabak Bernam, Selangor. Waktu siang saya jadi nelayan manakala malam pula saya buat sampan fiber glass. Saya juga membantu mendidik belia di sana untuk menjadi nelayan,” katanya.
Cerita Nasnan lagi selepas tiga tahun, beliau menjual semua sampannya dan mencuba pula penanaman limau purut dan jagung. Bagaimanapun, sekali lagi beliau tidak bernasib baik apabila tanaman jagung di kawasan seluas lima ekar dimusnahkan babi hutan.
“Dari situ saya fikir, takkan saya hendak jadi nelayan semula. Jadi saya cuba minta kerja di luar negara dan kebetulan pada masa itu, Bernas memerlukan individu yang berkebolehan dengan ternakan ayam telur. Alhamdulilah saya terpilih dan selepas raya tahun 2000 saya mula bertugas di Guinea, Afrika Barat,” katanya.Menurut Nasnan, hampir setahun di Guinea, rakan senegara berbangsa Cina diserang malaria yang agak teruk sehingga membawa maut. Lebih malang beliau juga disahkan mendapat malaria dan dirawat di hospital yang sama.
Selepas dua hari di hospital, Nasnan meminta izin doktor untuk membenarkannya pulang untuk menjalani rawatan sendiri. Rakan-rakan di tempat kerja berbangsa Afrika menggunakan kaedah rawatan tradisional tempatan untuk mengubati sakitnya itu. “Selepas menggunakan daun kangkalibang sebagai teh, saya dapati terdapat perubahan ketara pada diri. Selepas lima hari saya pulih sepenuhnya daripada malaria. Bermula dari situ saya belajar mengenali dan membuat teh daripada daun kangkalibang,” katanya.
Memikirkan potensi herba itu yang boleh dimajukan, Nasnan mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke Malaysia. Beliau turut membawa pulang sedikit sampel daun kangkalibang itu untuk diuji. “Pokok ini dikenali sebagai ficus delpoideae dalam keluarga moraecaea yang juga satu keluarga dengan buah tin, cuma berbeza spesis. Beliau juga dapati di Malaysia, spesis mas secotek berada dalam keluarga spesis yang sama dengan kangkalibang. Ia juga baik untuk kesihatan. Pada peringkat awal, Nasnan mengumpul koleksi benih mas secotek itu dan membesarkan-nya menjadi pokok induk sebelum mencari teknik dan media yang se-suai untuk menanamnya. Sehingga pada satu tahap beliau mempunyai kira-kira 50,000 pokok mas cotek yang ditanam di belakang kediamannya.
Kini, hasil keyakinan beliau terhadap mas cotek, syarikatnya Delto Medicama Plantation sudah mengeluarkan produk berasaskan herba itu dalam bentuk minyak, teh, kapsul, kopi dan minuman kesihatan, Isomedic. Kesemua produk yang dihasil-kan disertai dengan penyelidikan dan analisis daripada institusi penyelidikan yang diiktiraf seperti Mardi, FRIM dan beberapa universiti tempatan. Selain itu, produk syarikatnya juga mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pensijilan halal daripada Jakim.
Bagi membesarkan lagi perniagaannya dan menumpukan kepada pembangunan produk baru berteknologi tinggi, beliau mendapatkan pinjaman daripada TEKUN sebany ak RM50,000 pada tahun lalu. Beliau menyifatkan inisiatif kerajaan membantu usahawan melalui pembiayaan daripada TEKUN sebagai langkah yang amat baik.
Nasnan sempat menasihatkan usahawan agar tidak meninggi diri dan bijak mengatur strategi.
“Dalam peniagaan, kita perlu ada ilmu. Misalnya dalam pertanian, kita perlu ada ilmu yang menyeluruh, tahu apa yang hendak dibuat dan kemudian hasilkan produk yang berkualiti dan keluarkan produk yang banyak. Kemudian berikan pengawalan harga yang rendah. Dengan adanya prinsip-prinsip ini, kita tidak akan takut dengan persaingan,” katanya yang juga penulis buku Melahirkan Jutawan Melalui Sektor Pertanian.